
Melaksanakan
Solat Jenazah secara berjemaah adalah yang paling diutamakan dalam
agama Islam dan menjadi sunnah untuk meramaikan jemaahnya sehingga Solat
Jenazah ini dihukumkan Fardhu Kifayah sepertimana dalam hal
menguruskannya.
Daripada
Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi ﷺ
bersabda: “Tidaklah seorang lelaki Muslim
yang meninggal dunia, maka didirikan solat pada jenazahnya oleh seramai empat
puluh lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan Allah SWT
akan memberikan syafaat padanya.” (Hadis riwayat Muslim.)
Tentang
untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau
di tempat-tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah didirikan dengan
syarat tempatnya itu luas dan bersih.
Bagi
orang perempuan dibolehkan mengikuti solat jenazah berjemaah bersama-sama
dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas
disolatkan oleh orang lelaki.
.
A. Rukun Solat Jenazah
Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang
lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali
tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada
empat :
1 Niat
mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
2 Berdiri
bagi yang berupaya
3 Bertakbir
empat kali
4 Salam
B. Persediaan Solat Jenazah
.
1. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah
diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris. Susunan
jenazah yang paling hampir dengan imam adalah seperti berikut:
1 Jenazah
lelaki dewasa
2 Jenazah
kanak-kanak lelaki
3 Jenazah
perempuan dewasa
4 Jenazah
kanak-kanak perempuan
2. Kedudukan Ketika Melakukan Solat Jenazah
Kedudukan
Jenazah
Jenazah Lelaki
|
Jenazah Perempuan
|
1. Imam berdiri
bersetentangan dengan kepala, dada atau bahu jenazah.
2. Kepala jenazah berada di
kiri imam.
|
1. Imam berdiri bersetentangan
dengan pinggang jenazah.
2. Kepala jenazah berada di kanan
imam.
|
3. Dalam saf (barisan) solat jenazah berjemaah,
makmum disunatkan membentuk tiga saf. Sekurang-kurangnya harus dijadikan tiga
saf dengan setiap satu saf dua orang.
Daripada Malik bin Hurairah r.a. katanya,
Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah orang mukmin yang meninggal dunia itu didirikan
solat padanya oleh tiga saf dari kalangan orang Islam, melainkan jenazah itu
diberikan pertolongan dan diampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.)
C. Niat Solat Jenazah
1 Lafaz
niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan:

2
Lafaz niat untuk solat jenazah
yang ramai:

D. Cara Melakukan Solat Jenazah
Cara melakukan solat ini adalah dengan berdiri
betul, rapat dan berniat melakukan solat sunat jenazah serta terus berkeadaan
berdiri sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa melakukan rukuk
dan sujud.
1. Niat Dan Takbir Pertama
Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam
hati sewaktu takbir pertama.

2. Baca Surah
Al-Fatihah
3. Takbir Kedua.

4. Membaca Selawat;
Berselawat ke atas Nabi ﷺ.

Lebih afdhal jika dapat dibaca Selawat Ibrahimiyah
(Klik Di Sini).
5. Takbir Ketiga.

6. Membaca Doa:
Contohnya seperti doa ringkas berikut:
7. Takbir Keempat.

8. Doa untuk si mati ialah:
Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa
berikut:

9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ
اللَّهِ
Salam
sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya.
10.
Bacaan Sesudah Salam
2
Surah Al-Falaq 1 kali.
3
Surah An-Nas 1 kali.
4
Surah Al-Fatihah 1 kali.
5
Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
6
Ayat Kursi 1 kali.
7
Membaca doa Solat Jenazah.
11. Contoh Doa Solat Jenazah:

Segala Puji bagi Allah, Tuhan
Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat
Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman
daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati,
Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama
Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui
perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon
syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan
segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu
wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan
ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa
Nabi ﷺ
bersabda: “Apabila kamu solat ke atas
mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.”
(Riwayat Abu Dauud dan dianggap sahih oleh Ibnu Hibban.)
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang
benar)
